mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

masjid

Kemudahan awam yang terdapat di Tanah Rata boleh dikatakan cukup lengkap dan mudah untuk di akses. Bekalan air dan elektrik tidak mempunyai sebarang masalah. Kemudahan-kemudahan asas seperti masjid , dewan dan surau turut di sediakan bagi kemudahan penduduk.

Perkhidmatan seperti perbankan , hospital , perpustakaan , pejabat pos , terminal bus juga mudah untuk di dapati. Kebanyakan pejabat-pejabat kerajaan berada di pekan Tanah Rata yang menjadikan Tanah Rata sebagai tumpuan utama penduduk.

Masjid Abu Bakar Tanah Rata

– Terletak di hadapan Padang Majlis Daerah Cameron Highlands di atas bukit. Merupakan satu-satunya masjid yang berada di Tanah Rata.

 

library

Perpustakaan Awam Cameron Highlands

–  Penubuhan perpustakaan awam Cameron Highlands pada tahun 2003. Perpustakaan awam telah di rasmikan oleh DYYM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah pada tahun 2006. Ia merupakan salah satu bangunan bersejarah di daerah Cameron Highlands.

 

 

freesia

 Terminal Bas Cameron Highlands

– Terdapat 4 syarikat bas ekspres yang beroperasi di Cameron Highlands iaitu Pahang Lin Siong , Perak Transit , Unititi dan CS Liner