mcmc
InfrastrukturKemudahan AsasKomunitiMaklumat SetempatUncategorized

MAKLUMAT NADI,TANAH RATA

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan inisiatif kerajaan Malaysia di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediakan akses internet dan kemudahan teknologi maklumat kepada komuniti luar bandar. Inisiatif ini bertujuan merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar serta meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui pendedahan kepada teknologi digital

Objektif penubuhan bertujuan untuk memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan kerana kemudahan internet membolehkan penduduk luar bandar mengakses maklumat, peluang pekerjaan, perkhidmatan kerajaan, dan pendidikan dalam talian serta mengurangkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar. Selain itu, dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai teknologi komputer dan internet dengan meningkatkan literasi digital melalui bengkel, latihan, dan sokongan teknikal yang terdapat di NADI.

NADI Tanah Rata berlokasi di Dewan BALORA Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang berdekatan dengan Taman Eko Rimba Parit Falls, Tanah Rata dan telah menyediakan perkhidmatan capaian Internet berkelajuan tinggi , latihan ICT dan keusahawanan serta perkhidmatan percetakan dan faks dan juga aktiviti komuniti melibatkan kelas STEM, e-learning, dan kesedaran keselamatn siber sejak 2018 lagi. Sebanyak 1858 orang telah menjadi ahli di NADI Tanah Rata dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh NADI Tanah Rata, Cameron Highland.